Thursday, 30 May 2013

xske laaaaa... :( mlu.. :(

waaaa... ak xske tgk gambar dinner aku... terasa bodoh yg amat... mlu pkai cmtu.. :'( ya Allah.. ya Allah.. mlu3x... ak xtaw la org pndang ak mcm mne aritu.. kalau bley ulang blik bnde tu..  ak nk pkai bju yg pling mnjela2x.. bialah seret karpet ke ape... eeeeeeiiiiiiii.... xsuke2x.. seb bek la ak bkn jnis yg hot.. jdi perhatian org ke kan.. gmba2 pon xde sgt kt kamera org... ade tu ade la.. mnipu bnau.. :P isy... its haunted me every time i saw the pic.. :|

Friday, 17 May 2013

Talk show Imam Muda Najdi.. :)

lelaki berusia 22thun,berjubah kuning arini.. orgnye simple dan comel.. ad nur di wajahnya.. Subhanallah.. sungguh sempurna cptaan Mu.. itulah Imam Muda Najdi.. mmg muda.. muda btul lah kan.. :) berkongsi sebuah cerita mngenai siapa Rasulullah s.a.w kita yg sebenarnya.. tp xdela sume.. sbb beliau sndiri ad mnyebut... xkan pernah habis kalau kite mngkji dan selidik mngenai baginda.. Allahu Rabbi.. :)

PERINGATAN : smsa org mngucapkn s.a.w... blas lah dgn s.a.w juga.. kerana... berselawat ke atas nabi, insyaallah Allah akn mndoakn kite.. skli sebut.. 10x Allah mndoakn kite selamat10x.. MasyaAllah.. :)

antara kisah yg di kongsi ialah:
1) kisah berkisarkan seorng si perempuan buta yahudi.. yg sgt anti pada bginda.. ajaran baginda.. dan seluruh nya.. shinggalah wafat nya baginda...lalu suatu hari sayidina Abu Bakar yg pada waktu itu mmegang tmpuk pmerintahan  pergi berjumpa Aisyah, isteri baginda "apakah perkara yg Rasulullah tidak smpt utk dilaksanakan?" jawab Aisyah "ya, ada suatu perihal yg Baginda blom smpt melakukan.. iaitu mmbri mkn pada mkcik buta yg tinggl di hujung kampung sana" lalu berjalan Abu Bakar ke rumah mkcik itu dan mmberiknnya roti.. kemudiannya, wanita buta itu mncmpkkn kembali "mngapa kamu mmbuangnya?? tidak kah kmu mahu mnrima roti ini?? " tnya Abu Bakar.. lalu permpuan itu berkata "org selalu mmbrikn ak mkn akn menguyah dahulu dan bru mmbriku mkn" *AllahuAkbar.. mulianya hati baginda.. msih bisakah aku mnagih cinta darinya? selain cinta pemilik arasy?? :( Abu Bakar mnjwab.. "org yg selalu mmbri kmu mkn itulah dia Nabi Muhammad S.A.W.. " lalu wanita itu trus memeluk agama islam..
2) kisah seorg sahabt nabi yg dijnjikan syurga..dek kerana tkotnye dy pada dosa.. Allah..
3)fakta yg mnyatakn bahawa christopher columbus ad mnyenaraikn 100 ahli ilmuwan.. lbih kuang la.. kte mudah.. yg pndai, dihormati sume2 tu lah.. hehe.. yg pling teratas.. adalah BAGINDA! betapa hebatnya pngruh baginda... sehingga raja parsi dan rom juga memuji bginda dgn pemeritahan Baginda dalam mnjga Islam dgn pnuh ksih dan syg.. tidak mmksa sperti mereka.. yg mmrintah dgn cara diktator..
4)Rasulullah pernah mnyatakan rindu nya pada umatnya sekarang..
5)sesiapa yg mnyntuh kulit baginda... maka haram  bginya kullit itu dijilat api neraka...

siapalah aku meminta simpati...
siapakan aku memnta itu dan ini..
cukuplah andai dapat engkau ya Rasulullah.. mmberikan ku syafaat di akhrat kelak agar aku mmpu mnti titian  sirat.. Allahu.. :'(

Thursday, 16 May 2013

jadilah sperti ikan... :)

Subhanallah.. sungguh Allah menyayangi kita, awak.. bagaimana Allah mmpu pertemukan kita dgn muslimah sebaik dan seramah nya dalam masa kita cuba melakukan sesuatu yg lagha.. ?? astaghfirullah al azim..  perkelahan yg disngkakan akan mnjdi bualan kosong semata- mata... mmbncngkn hal msing2.. bukan kah itu lagha.. ya.. itu lagha.. jadi, my rindu.,,, i hope that someday... Allah give us a chances again to discuss about ilmu. all about islam,,, insyaallah.. pertemuan kami secara tidak sengaja..dan mngkin dia hnya insan biasa.. tp kata2 nya.. mmpu mmbuka mata.. insyaallah.. perkongsian yg dibawakan.. sungguh mndalam dan mmbwa mesej trsendiri.. Allahu Rabbi.. sesungguhnya.. Engkau tlah merancang sesuatu..

perbualan kami bermula dgn menekan amal makruf nahi mungkar... (mengajak ke arah kebaikan dan mncegah kemungkaran). dua element yg berbeza.. dan trsgt berbeza,,tp.. ianya perlu jalan seiring.. tidak akn terjdi nya gabungan kedua2 element ini jika kita hanya mnjalankn tnggungjawab pd stu element shaja.. jadi.. mngajak ke arah kemungkaran perlu lah meninggalkan kemungkaran. dan jika mencegah kemungkaran perlu lah disertakan bersama usaha mengajk ke arah kebaikan juga.. :)

tahu kah anda.. semua manusia di dunia ini mmpu mncgah kemungkran?? trdpt 3 cara bg mncegah kemungkran... 1) melalui tgn.. 2) melalui lidah(mmberi nsihat dan bimbingn) 3) hati (mmbnci kemungkaran tersebut dgn hati dan tidak mlkukannya... ) jadi, ayoh sme2x.. :P

semasa di tmpt LI, jaga lah diri.. kuatkan hati.. minta bimbingan drpd Allah... smge trus istiqomah di sana.. kita tgk sma ade.. kite yg trpngruh yg org ke.. kita mmperngaruhi org?? tpuk dada,,, tnyalah iman,,,:) dan jadilah kamu seperti ikan2 dilaut.. mngapa?? kerana ikan di laut2 sgt kuat hatinya kerana tidak pernah sesekali dgn air masin disekelilingnya.. bukti?? cubalah anda mngkp ikan di laut.. kemudian rasa lah dgn lidah.. adakah ianya masin?? tidak bukan..?? #the most best word i ever heard

dan terkisahnya cerita seorg penggunting rambut dan seorg anak lelaki kecil:
pakcik : kamu percaya tuhan??
ank kcil: tidak
pkcik: mngapa??
ank kcil: kalau pakcik, ape hujahnya??
pkcik: sbb..jika tuhan itu wujud.. pasti Dia menginginkn sesuatu yg baik.. xmahu bnde buruk berlaku atas mke bumi ini... kamu lihat shaja keadaan di luar sna..mngapa msih ad lg mereka yg merempat, mmnta sedekah, dan xterurus,,,
anak kcil: jdi.. mngapa pkcik sendiri yg tidak mahu mnggunting rmbut2 mereka supaya org diluar sna npk kemas dan bersih??
pkcik: eh mne boleh.. mereka la yg kne crik pkcik... nty bru lah pkcik boleh tolong gntingkn...

sori da xingt.. al mklumlah... ni cter smlm.. bku nota pon xsmpt nk bwk.. :( ok.. tp yg jelas conclusion nye di sini ialah... kita sbgai mnusia ni lah yg kne crik Allah.. bkn Allah yg crik kite.. so.. konsep nya di sini sme.. tp xde la nk kte tukng gnting rmbut tu tuhan ke ape ke kan.. cuma.. ianya sebagai analogi jek.. ok..?? :)

Tuesday, 14 May 2013

sabarlah ye...

arini aku dnga berita,, sedara aku,, xjdik nk bertunang... Allah... itu je aku mmpu kata... tgk.. kita bercinta bgai nk rak.. mcm la sure kite ngn dy ye dok?? yg pling aku xley trime ble... dorg putus lpas hadiri kursus kahwin!! laki tu kata.. sedara aku xsesuai ngn dy... xsesuai yg cmne tu?? bercnta da lme... persiapan da buat... ksian dy... sabarlah ye.. disaat kau merancang sume itu.. tahukah kau bahawa Allah juga merancang sesuatu mu... ?? mne la tahu.. ttbe jejaka idaman malaya pikat hang ka kan?? hang bukan xlawa... lawa ape.. ;) so... dari sini.. aku nk nsihatkan tok diri ini dan anda sume...


mlu!!!

i'm gasping for air right now... Allah... apekah ini?? malu sungguh ku ase.. seb bek mke ak gelap... xla npk merah... huhuhuhu... tp siyes aku katakan... panas mke aku.. mlu... ase cm nk menangis pon ade ni... Sabar lin... Allah100x...

chill,smile.. :)

ubat hati.. :)

sakit di hati sesorng xsiapa yang tahu... mngkin seseorang itu tidak perasan perkataan yg diungkpkn tu.. mnyakitkan.. bukan apa... tidak salah jika dalam pergaulan.. berkongsi cerita... dan saling bertolak ansur bukan?? mngapa bgitu susah bg seseorang manusia utk mengalah?? mngapa perlu bgitu... ?? Allah... sabarkanlah hati kami berdua.. berikan lah dia hidayah... dan peliharalah kami semua drpd perkara2 sia2 lagi berdosa... 




jadi, utk menampalkan bkas parut paku tu... mari kita lakukan ini.. InsyaAllah~



orng yg mmbntu anda dalam kesusahan adalah sahabat, yg mmbiarkan anda keseorangan itu hanya layak dipnggil kawan... sekian..~


Monday, 13 May 2013

15 dosa di kepala seorg perempuan...nauzubillah


1. Tidak bertudung (menutup aurat).

Allah berfirman, yang ertinya: "Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min:" Hendaklah mereka menjulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka ". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang. "(QS. Al-Ahzab: 59).

Allah Ta'ala juga berfirman, yang artinya: "Katakanlah kepada wanita yang beriman:" Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. "(QS. An Nuur: 24) .

2. Menyambung rambut / memakai sanggul.

Dari Asma 'binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam lalu berkata, "Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya gugur dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya . Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung "(HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

3. Mewarna / menggilap rambut dengan warna hitam.

Dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu' anhuma berkata, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Pada akhir zaman nanti akan muncul suatu kaum yang menggilap dengan warna hitam seperti tembolok merpati. Mereka itu tidak akan mencium bau syurga. "(HR. Abu Daud, An Nasa'i, Ibnu Hibban dalam shahihnya, dan Al Hakim. Al Hakim mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih. Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib mengatakan bahawa hadis ini sahih).

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Pada hari penaklukan Mekah, Abu Quhafah (ayah Abu Bakar) datang dalam keadaan kepala dan janggutnya telah memutih (seperti kapas, ertinya beliau telah beruban). Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, "Ubahlah uban ini dengan sesuatu, tetapi hindarilah warna hitam." (HR. Muslim).

4. Mencabut uban.

Dari 'Amr bin Syu'aib, dari ayahnya, dari datuknya berkata bahawa Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam bersabda, "Janganlah mencabut uban. Tidaklah seorang muslim yang beruban dalam Islam walaupun sehelai, melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya baginya pada hari kiamat nanti. "(HR. Abu Daud dan An Nasa'i. Syaikh Al Albani dalam Al Jami 'Ash Shagir mengatakan bahawa hadis ini sahih).

5. Memakai bulu mata palsu.

Fatwa: "... Menurut hemat saya, tidak boleh memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, kerana hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangkan rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lain (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. 

Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu kerana alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Sepatutnya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah dan tidak perlu melakukan tipu daya atau memanipulasikan kecantikan, sehingga kelihatan kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti mempunyai pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah ... "(Disampaikan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin. Sumber: Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta.)

6. Bersolek/berhias.

Allah Azza wa Jalla berfirman, yang ertinya: "Dan janganlah kalian (para wanita) bertabarruj (keluar rumah dengan berhias dan bertingkah laku) seperti (kebiasaan) wanita-wanita Jahiliyah yang dahulu" [al-Ahzaab: 33].

7. Merenggangkan / mengikir gigi.

Dari Ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melarang orang mencukur kening, mengkikir gigi, menyambung rambut dan bertatu, kecuali kerana penyakit. (HR. Ahmad 3945 dan sanadnya dinilai kuat oleh Syuaib Al-Arnaut).

Dari ibn Mas'ud radhiyallahu 'anhu, beliau mengatakan, "Semoga Allah melaknat orang yang bertatu, yang minta ditato, yang mencabut kening, yang minta dikikis kening, yang merenggangkan gigi, untuk memperindah penampilan, yang mengubah ciptaan Allah.(HR. Bukhari 4886).

8. Membuat tatu.

Lihat kenyataan ke-7.

9. Memakai tudung yang tidak memenuhi syarat hijab.

Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bahkan telah memperingatkan kita dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

"Ada dua golongan penghuni Neraka yang belum pernah aku lihat sebelumnya, iaitu suatu kaum yang membawa cambuk seperti ekor-ekor lembu betina yang mereka pakai untuk mencambuk manusia; wanita-wanita yang berpakaian (tetapi) telanjang, yang kalau berjalan berlenggak-lenggok menggoyang- goyangkan kepalanya lagi durhaka (tidak ta'at), kepalanya seperti punuk-punuk unta yang meliuk-liuk. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya, padahal bau wanginya itu sudah tercium dari jarak sekian dan sekian. "(Hadits shahih. Riwayat Muslim (no. 2128) dan Ahmad (no. 8673).

10. Memakai rambut palsu.

Memakai rambut palsu hukumnya haram, kerana termasuk al-'wasl' iaitu menyambung rambut yang diharamkan. (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah). Seandainya tidak dianggap al-'wasl', maka rambut palsu itu menampakkan rambut si wanita lebih panjang daripada yang sebenarnya sehingga menyerupai al-'wasl'. Padahal wanita yang melakukannya dilaknat sebagaimana disebutkan oleh hadits: "Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan minta disambungkan rambutnya." (HR. al-Bukhari no. 5941, 5926 dan Muslim no. 5530). (Fatwa asy-Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah).

Perbuatan al-'wasl' ini diharamkan, sama saja jika si wanita melakukannya dengan izin suami atau tidak, kerana perbuatan haram tidak berkaitan dengan izin dan redha.

11. Mencukur rambut menyerupai lelaki atau wanita kafir.

Potongan yang menyerupai potongan lelaki maka hukumnya haram dan dosa besar, sebab Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam melarang kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki. Sebagaimana disebutkan dalam hadis, dari Ibn Abbas radliallahu 'anhuma, bahwa beliau berkata: "Rasulullah shallallahu' alaihi wa sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai wanita dan para wanita yang menyerupai lelaki." (Hr Bukhari)

Potongan yang menyerupai potongan seperti wanita kafir, maka hukumnya juga haram, kerana tidak boleh menyerupai orang-orang kafir. Sebagaimana disebutkan dalam hadis dari Ibn Umar radliallahu 'anhuma bahwa Nabi shallallahu' alaihi wa sallam bersabda:

"Siapa yang meniru-niru (kebiasaan) suatu kaum maka dia termasuk kaum tersebut" (Hr Abu Daud, dan dishahihkan al-Albani)


12. Mencukur / mencabut bulu kening.

Lihat kenyataan ke-7.

13. Memakai contact lens berwarna untuk berhias.

Syaikh Muhammad shalih Al-Munajjid hafidzahullah berkata: "... kanta kenalan berwana untuk perhiasan (untuk bergaya). Maka hukumnya sama dengan perhiasan, jika digunakan untuk berhias bagi suaminya maka tidak mengapa. Jika digunakan untuk yang lain maka hendaknya tidak menimbulkan fitnah. Dikehendaki juga tidak menimbulkan bahaya (misalnya iritasi dan alergi pada mata, pent) atau menimbulkan unsur penipuan dan kebohongan misalnya menampakkan pada laki-laki yang akan melamar. Dan juga tidak ada unsur mensia-siakan harta (israaf) kerana Allah melarangnya. "[Sumber: http://islamqa.info/ar/ref/926]

14. Pembedahan plastik untuk kecantikan.

Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya, "Bagaimana hukum melaksanakan pembedahan kecantikan dan hukum mempelajari ilmu kecantikan?"

Jawapan beliau, "pembedahan kecantikan (plastik) ini ada dua jenis. Pertama, Pembedahan kecantikan untuk menghilangkan cacat akibat kemalangan atau yang lainnya. Pembedahan seperti ini boleh dilakukan, kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam pernah memberikan keizinan kepada seorang lelaki yang terpotong hidungnya dalam peperangan untuk membuat hidung palsu dari emas. Kedua, pembedahan yang dilakukan bukan untuk menghilangkan cacat, namun hanya untuk menambah kecantikan (supaya bertambah cantik). Pembedahan ini hukumnya haram, tidak boleh dilakukan, kerana dalam sebuah hadis (disebutkan), 'Rasulullah melaknat orang yang menyambung rambut, orang yang minta disambung rambutnya, orang yang membuat tatu, dan orang yang minta dibuatkan tatu.' (HR Bukhari)(Fatawa Al-Mar'ah Al-Muslimah, hlm. 478-479). Sumber: Majalah As-Sunnah, edisi 5, tahun IX, 1426 H/2005 M.

15. Memakai kawat gigi untuk kecantikan / tabarruj.

Syaikh Ibnu Utsaimin pernah ditanya, "Apa hukumnya memperbaiki gigi?" Syaikh menjawab, "Memperbaiki gigi ini dibahagikan kepada dua kategori:

Pertama, jika tujuannya supaya bertambah cantik atu indah, maka ini hukumnya haram. Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam melaknat wanita yang menata giginya agar kelihatan lebih indah yang merubah ciptaan Allah. Padahal seorang wanita memerlukan hal yang demikian untuk estetika (keindahan), dengan demikian seorang lelaki lebih layak dilarang daripada wanita.

Kedua, jika seseorang memperbaikinya kerana ada kecacatan, tidak mengapa ia melakukannya. Sesetengah orang ada suatu kecacatan pada giginya, mungkin pada gigi serinya atau gigi yang lain. Cacat tersebut membuat orang merasa jijik untuk melihatnya. Keadaan yang demikian ini dibenarkan. Hal ini dikategorikan sebagai menghilangkan aib atau cacat bukan termasuk menambah kecantikan. Dalilnya, Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan seorang lelaki yang hidungnya terpotong agar menggantikannya dengan hidung palsu dari emas, yang demikian ini termasuk menghilangkan cacat bukan bertujuan untuk mempercantik diri. "Allahu a'lam. (Dijawab oleh Tim Redaksi Konsultasi Syariah).

Ya Allah, kucing tu.... :'(


Akibat buruk sangka

Malam itu hujan gerimis turun. Angin pun bertiup sungguh sangat dingin. Tapi kedua suami isteri yang tinggal di sebuah rumah kecil itu berkeinginan betul hendak keluar juga. Kerana ibu si suami itu dalam keadaan sakit tenat, mungkin hanya tinggal menunggu waktu saja. Hanya yang sangat merisaukan hati mereka, bagaimana dengan anaknya Harun, anak mereka yang baru saja berumur empat bulan. Kalau diajak pergi takut masuk angin dan dapat menyebabkan sakit.
“Bagaimana Aminah, kita bawa saja Harun?” Tanya si suami.
“Jangan bang, angin kencang,” cegah isterinya.
“Habis siapa yang akan menjaganya di rumah? Apakah mungkin akan kita tinggalkan dia sendirian? Aku tak sanggup, sebab rumah kita ini terlalu dekat dengan tanah perkuburan,” kata si suami.
“Ah, abang, janganlah berfikir yang bukan-bukan,” kata isterinya yang cantik dan manis itu. “kan ada Hurairah (kucing) di rumah. Dia saja kita suruh menjaga Harun.” Kata si isteri.
“Betul juga, mengapa aku tidak ingat pada si Hurairah.” Balas suaminya dengan gembira.
“Meong….” teriaknya kemudian. Maka terdengarlah suara Hurairah membalas suara tuannya itu. Lalu dengan langkah-langkah kecil dia mendekati tuannya.
“Wahai Hurairah, malam ini engkau tidak usah menjaga padi dari dimakan oleh tikus-tikus, kami berdua mahu pergi, oleh kerana itu jagalah si Harun,” kata si suami.
Buruk Sangka
Buruk Sangka
Kucing yang cantik itu mengeong sambil mengibas-ngibaskan ekornya. Kalau boleh berkata dia akan menjawab: “Jangan bimbang tuan, saya akan menunggu dan menjaga si Harun supaya ia tertidur dengan nyenyak. Tidak akan saya izinkan seekor nyamuk pun hinggap di tubuhnya.”
Setelah berpesan begitu, maka pasangan suami dan isteri itu pun berangkat dengan perasaan lega. Mereka tahu bahawa Hurairah akan melakukan pekerjaannya dengan baik, sebab dia adalah seekor kucing yang sangat setia dengan majikannya.
Setelah melihat majikannya sudah pergi, maka Hurairah dengan cepat dan diam-diam melompat ke atas tempat tidur. Ia duduk di sebelah si Harun yang tengah mendengkur dengan nyenyaknya. Ekornya dikibas-kibaskannya agar tidak seekor nyamuk pun yang berani mengganggunya. Matanya dengan tajam mengawasi sekelilingnya, sementara kedua kaki depannya siap mencakarkan kukunya kepada siapa saja yang berniat untuk mengusik ketenangan majikan kecilnya.
Menjelang pukul sepuluh malam, tiba-tiba kucing itu mendengar bunyi mendesis dari bawah tempat tidur. Dengan secepat mungkin Hurairah memasang kuda-kuda serta siap untuk menghadapi segala kemungkinan. Matanya tiba-tiba terbeliak terkejut dan marah, ketika melihat sebuah mulut yang ternganga dengan taring dan lidah yang menjulur panjang. Rupanya dia adalah seekor ular besar yang sudah siap untuk menelan Harun yang masih kecil itu.
Buruk Sangka
Buruk Sangka
Dengan cepat Hurairah melompat, giginya langsung masuk menghunjam ke leher ular tersebut, dan cakarnya menyerang dengan buas. Ular itu murka kerana niatnya dihalang-halangi oleh makhluk lain. Matanya merah seperti besi terbakar. Dia membalas menyerang dengan hebat. Badan Hurairah dibelit dengan kuat, sambil mulutnya mematuk-matuk muka Hurairah.
Hurairah hampir kehabisan tenaga, kerana dibelit oleh ular besar itu, manakala mukanya pun telah berlumuran darah. Namun dia tidak mahu binasa sebelum dapat membunuh ular tersebut. Dengan segala kemampuan dan kesakitannya, ia berusaha untuk menyelamatkan nyawa anak tersayang kedua majikannya itu. Akhirnya ia berhasil melepaskan diri, lalu dengan cepat menerkam leher ular itu. Digigitnya batang leher makhluk jahat tersebut sekuat tenaga sehingga akhirnya matilah musuhnya itu.
Begitu dilihatnya binatang pengganggu itu sudah tergolek kaku, barulah Hurairah dengan sisa-sisa tenaganya naik lagi ke atas tempat tidur si Harun dan duduk semula di samping si Harun. Anak kecil itu masih tertidur dengan nyenyak. Hurairah menjilat-jilat lukanya, sementara rasa pedih dan letih terasa sekujur badannya. Mulutnya masih penuh dengan darah ular tadi, sedangkan pada mukanya terdapat luka-luka yang menganga.
Belum pulih lagi tenaganya, akan tetapi secara tiba-tiba dia mendengar suara majikannya di halaman rumah. Dengan gerakan yang lemah dan lunglai, Hurairah turun dari tempat tidur. Perlahan-lahan ia berjalan menuju ke pintu, menyambut kedatangan kedua majikannya yang sangat dicintainya itu. Dilihatnya ibu Harun berjalan menunduk sambil terisak-isak. Bapanya pula terlihat sangat sedih. Hurairah pun ikut berdukacita memperhatikannya.
Mereka berbimbingan tangan memasuki halaman rumah. Ketika mereka tiba di depan pintu, Hurairah berbunyi lembut: “Ngeong…., ngeong…., sambil terhuyung-huyung mendekati majikannya.
Tiba-tiba saja ibu Harun menjerit, “Bang….! Harun bang….!”
Suaminya terperanjat tapi tidak mengerti, “Mengapa Harun Aminah?” Tanya suaminya.
“Lihatlah si Hurairah, mulutnya berlumuran darah. Pasti anak kita telah diterkam dan dibunuhnya. Oh, Harun…. anak kita, bang. Bunuh Hurairah, bang! Ia telah memakan anak kita!” Kata si isteri.
Si suami baru tahu apa yang dimaksudkan oleh isterinya. “Betul! Mulut Hurairah penuh dengan darah segar, pasti Harun telah diterkamnya.”
Tanpa berfikir panjang, si suami lalu mengambil besi. Dengan penuh kemurkaan lalu dipukulnya benda keras itu ke tubuh si Hurairah. Kucing itu menjerit; “ngeong….” Lelaki itu bertambah marahnya lagi, lalu diambilnya pula sebuah batu, ditimpakannya ke kepala Hurairah.
Maka bercucuranlah darah dari kepala binatang yang tidak berdosa itu. Badannya terkejang-kejang. Dari matanya mengeluarkan air mata yang jernih satu-satu. Setelah mengeong untuk terakhir kalinya, kucing yang cantik itu pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Buruk Sangka
Buruk Sangka
Melihat korbannya sudah mati, maka pasangan suami isteri itu terburu-buru masuk ke bilik. Alangkah terkejutnya mereka ketika melihat suasana bilik itu. Yang nampak pertama kali di depan pintu adalah bangkai seekor ular besar yang hampir putus lehernya. Maka dengan hati berdebar-debar mereka berlari ke tempat tidur. Ternyata anaknya Harun masih tetap dalam keadaan tertidur nyenyak.
Barulah mereka dapat meneka apa yang telah terjadi selama mereka tidak berada di rumah tadi. Bukan Hurairah yang bersalah, ternyata kucing itu telah berjuang mati-matian untuk menyelamatkan anak mereka. Seketika itu juga pucatlah wajah mereka. Mereka menyesal berkepanjangan.
Ternyata Hurairah adalah kucing yang tetap setia. Dia tidak mempedulikan keselamatan dirinya asalkan tugas yang dipercayakan kepadanya ditunaikannya. Kalau perlu dirinya sendiri menjadi korban untuk menyelamatkan nyawa majikan kecilnya. Namun balasan yang diterimanya bukan belaian kasih sayang dan terima kasih, akan tetapi nyawanya dihabiskan dengan penuh kekejaman. Akibat buruk sangka
Buruk Sangka
Buruk Sangka
Suami isteri itu menangis tersedu-sedu menyesali kesalahannya, ia bertaubat kepada Allah SWT serta berjanji untuk tidak lagi berbuat semena-mena terhadap binatang yang tidak berdosa, tanpa periksa terlebih dahulu. Bangkai Hurairah diangkat dan diciumnya, tapi yang sudah pergi tidak akan kembali, dan penyesalan mereka juga sudah tidak bererti, kerana yang sudah mati itu tidak akan hidup lagi. Cuma sebagai pedoman atau pengajaran buat masa yang akan datang.

Allah..

Allah Allah Allah... pgng lah atiku sekuat kuatkan.. aku tidak mahu mnjadi org yg slalu mnykiti org... Ya Allah... sesungguhnya... diam itu senjata yg pling berkesan.. Paling yang ku takutkan apabila kita menjaja itu dan ini.. kesalahan org itu dan ini.. hakikatnya,,, kita sendiri menjurumus ke arah itu.. aku tidak mahu ya Allah... jauhkan aku.. nauzubillah...

btul2x,,, :)

Sunday, 12 May 2013

DEMI CINTA ZAINAB


Demi Cinta Zainab



Zainab ra lahir sepuluh tahun sebelum ayahnya menjadi nabi. Beliau putri pertama Rasulullah saw dari Khadijah ra. Sesuai dengan sifat-sifat yang melekat pada diri ibunya, Zainab tumbuh menjadi teladan yang utama dengan seluruh sifat-sifat yang terpuji. Hampir sempurnalah sifat kewanitaan Zainab, sehingga putra dari bibinya yang bernama Abu al-'Ash bin Rabi', salah seorang yang terpandang di Mekah dalam hal kemuliaan dan harta, berhasrat melamar beliau. Dia adalah pemuda Quraisy yang tulus dan bersih, nasabnya bertemu dengan Nabi saw dari jalur bapaknya, yakni pada Abdu Manaf bin Qushay. Adapun dari jalur ibu, nasabnya bertemu dengan Zainab pada kakek mereka berdua, yakni Khuwailid, karena ibunya adalah Halah binti Khuwailid, saudari Khadijah. 


Abu al-'Ash mengenal betul tentang kepribadian dan sifat Zainab, karena dia sering berkunjung ke rumah bibinya: Khadijah. Begitu pula Zainab dan kedua orang tuanya juga telah mengenal bagusnya Abu al-'Ash. Oleh karena itu, diterimalah lamaran dari pemuda yang telah diridhai Nabi saw dan Khadijah, juga oleh Zainab.

Maka, masuklah Zainab ke dalam rumah tangga suaminya, yakni Abu al-'Ash. Dalam usianya yang masih muda, Zainab mampu mengatur rumah tangga suaminya hingga menumbuhkan kebahagiaan dan ketenteraman. Allah mengaruniai dalam perkawinan ini dua orang anak yang bernama Ali dan Umamah. Semakin sempurnalah kebahagiaan rumah tangga itu dengan kehadiran keduanya dalam rumah yang penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan.

Pada suatu ketika, Abu al-'Ash berada dalam suatu perjalanan, kemudian terjadilah peristiwa besar dalam sejarah kehidupan manusia. Yaitu, diangkatnya Muhammad saw sebagai Nabi dengan membawa risalah. Bersegeralah Zainab menyambut seruan dakwah yang haq yang dibawa oleh orang tuanya, yakni Rasulullah saw. Beliau jadikan dienullah sebagai pedoman hidup yang dengannya menjadi jalan di atasnya.

Tatkala suaminya kembali dari berpergian, Zainab menceritakan perubahan yang terjadi pada kehidupannya, yang bersamaan dengan kepergian suaminya, muncullah dien yang baru dan lurus. Beliau menduga bahwa suaminya akan bersegera menyatakan keislamannya. Akan tetapi, beliau mendapatkan bahwa suaminya menyikapi kabar tersebut dengan diam dan tidak bereaksi.

Kemudian, Zainab mencoba dengan segala cara untuk meyakinkan suaminya, namun dia menjawab, "Demi Allah, bukannya saya tidak percaya dengan ayahmu, hanya saja saya tidak ingin dikatakan bahwa aku telah menghina kaumku dan mengafirkan agama nenek moyangku karena ingin mendapatkan keridhaan istriku."

Hal itu merupakan pukulan yang telak bagi Zainab, karena suaminya tidak mau masuk Islam. Maka, isi rumah tangga menjadi guncang dan gelisah. Tiba-tiba kegembiraan berubah menjadi kesengsaraan.

Zainab pun tinggal di Mekah di rumah suaminya, dan tidak ada seorang pun di sekelilingnya yang dapat meringankan penderitaannya karena jauhnya dirinya dengan kedua orang tuanya. Ayahnya telah berhijrah ke Madinah al-Munawwarah bersama sahabat-sahabatnya, sedangkan ibunya telah menghadap ar-Rafiiqul A'la, dan saudari-saudarinya pun telah menyusul ayahnya di bumi hijrah. Tatkala pecah perang Badar, kaum musyrikin mengajak Abu al-'Ash keluar bersama mereka untuk memerangi kaum muslimin. Akhirnya, nasib suaminya adalah menjadi tawanan kaum muslimin. 

Tatkala Abu al-'Ash dihadapkan kepada Rasulullah saw, beliau bersabda kepada para sahabat, "Perlakukan tawanan ini dengan baik." Ketika itu Zainab mengutus seseorang untuk menebus suaminya dengan harta yang dibayarkan kepada ayah beliau beserta kalung yang dihadiahkan ibu beliau (Khadijah) tatkala pernikahannya dengan Abu al-'Ash. Tiada henti-hentinya Rasulullah memandang kalung tersebut, sehingga hati beliau hanyut mengenang istrinya yang setia, yakni Khadijah yang telah menghadiahkan kalung tersebut kepada putrinya. Setelah beberapa saat, Rasul terdiam. Beliau bersabda dengan lemah lembut, "Jika kalian melihatnya (sebagai kebaikan), maka bebaskanlah tawanan tersebut dan kembalikanlah harta tebusannya, maka lakukanlah!" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah."

Selanjutnya Rasulullah mengambil janji dari Abu al-'Ash agar membiarkan jalan Zainab (untuk hijrah), karena Islam telah memisahkan hubungan antara keduanya.

Kemudian Abu al-'Ash kembali ke Mekah, sementara Zainab menyambutnya dengan riang gembira. Tetapi, yang terjadi pada diri Abu al-'Ash lain dengan apa yang terjadi pada Zainab. Akhirnya keluarlah Zainab dari Mekah meninggalkan Abu al-'Ash, suami yang tercinta, dengan perpisahan yang mengharukan. Namun, orang-orang Quraisy justru menghalang-halangi beliau (untuk berhijrah), mereka mencegah dan mengancam beliau. Ketika itu beliau sedang hamil dan akhirnya gugurlah kandungannya. Selanjutnya beliau pulang ke Mekah dan Abu al-'Ash merawatnya hingga kekuatannya pulih kembali. Lalu beliau keluar pada suatu hari di saat orang-orang Quraisy lengah perhatiannya. Beliau keluar bersama saudara Abu al-'Ash yang bernama Kinanah bin ar-Rabi' hingga sampai kepada Rasulullah saw dengan aman. 

Berlalulah masa selama enam tahun beserta peristiwa-peristiwa besar yang menyertainya, sedangkan Zainab berada dalam naungan ayahnya di Madinah. Beliau hidup dengan penuh optimis dan tak kenal putus asa, yakni berusaha agar Allah melapangkan dada Abu al-'Ash untuk Islam.

Pada bulan Jumadil Ula tahun 6 Hijriyah, tiba-tiba Abu al-'Ash mengetuk pintu Zainab, kemudian Zainab membuka pintu tersebut. Seolah-olah Zainab tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sehingga ia ingin mendekatinya. Akan tetapi, ia menahan diri karena ingin memastikan tentang akidahnya, mengingat bahwa akidah adalah yang pertama dan yang terakhir.

Abu al-'Ash menjawab, "Kedatanganku bukanlah untuk menyerah, akan tetapi saya keluar untuk berdagang membawa barang-barangku dan juga milik orang-orang Quraisy, namun tiba-tiba saya bertemu dengan pasukan ayahmu yang di dalamnya ada Zaid bin Haritsah bersama 170 tentara. Selanjutnya mereka mengambil barang-barang yang saya bawa dan aku pun melarikan diri, dan sekarang aku mendatangimu dengan sembunyi-sembunyi untuk meminta perlindunganmu." 

Zainab yang memiliki akidah yang bersih berkata dengan rasa sedih dan iba, "Marhaban (selamat datang) wahai putra bibi… Marhaban wahai ayah Ali dan Umamah (keduanya anaknya Zainab dengan Abu al-'Ash)."

Tatkala Rasulullah saw selesai salat Subuh, dari dalam kamar Zainab berteriak dengan suara yang keras, "Wahai manusia, sesungguhnya aku melindungi Abu al-'Ash bin Rabi." Kemudian Rasulullah saw ke luar seraya bersabda, "Wahai manusia, apakah kalian mendengar apa yang aku dengar?" Mereka menjawab, "Benar Ya Rasulullah." Lalu beliau bersabda, "Adapun demi yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, tiadalah aku mengetahui hal ini sedikit pun hingga saya mendengar sebagaimana yang kalian dengar. Dan orang-orang yang beriman adalah tangan bagi selain mereka, sehingga berhak memberikan perlindungan kepada orang yang dekat dengannya, dan sungguh kita telah melindungi orang-orang yang telah dilindungi oleh Zainab."

Kemudian masuklah Rasulullah saw menemui putri beliau: Zainab, lalu berkata, "Muliakanlah tempatnya dan janganlah dia berbuat bebas kepadamu, karena kamu tidak halal baginya."

Selanjutnya Zainab memohon ayahnya agar mau mengembalikan harta dan barang-barang Abu al-'Ash. Maka, keluarlah Rasulullah menuju tempat para sahabat yang sedang duduk-duduk. Beliau bersabda, "Sesungguhnya laki-laki ini sudah kalian kenal. Kalian telah mengambil hartanya, maka jika kalian rela, kembalikanlah harta itu kepadanya dan saya menyukai hal itu, namun jika kalian menolaknya, maka itu adalah fa'i (rampasan) yang Allah karuniakan kepada kalian dan apa yang telah Allah berikan kepada kalian, maka kalian lebih berhak terhadapnya."

Para sahabat menjawab dengan serentak, "Bahkan kami akan mengembalikan seluruhnya ya Rasulullah." Akhirnya mereka mengembalikan seluruh hartanya, seolah-olah dia tidak pernah kehilangan sama sekali.

Selanjutnya Abu al-'Ash pergi meninggalkan Zainab, dia menuju Mekah dengan membawa sebuah tekad. Tatkala orang-orang Quraisy melihat kedatangannya dengan membawa barang dagangan beserta labanya, maka mulailah Abu al-'Ash mengembalikan harta dan laba itu kepada setiap yang berhak. Kemudian beliau berdiri dan berseru, "Wahai orang-orang Quraisy, masih adakah di antara kalian yang hartanya masih berada di tanganku dan belum diambil?" Mereka menjawab, "Tidak, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Sungguh, kami dapatkan bahwa Anda adalah seorang yang setia janji dan mulia." Lalu di tempat itulah Abu al-'Ash berkata, "Adapun aku, aku bersaksi bahwa tiada ilah (tuhan) yang haq (benar) kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Demi Allah tiada yang menghalangi diriku untuk masuk Islam (tatkala di Madinah), melainkan karena saya khawatir kalian menyangka bahwa saya hanyalah ingin melarikan harta kalian. Maka, tatkala Allah mengembalikan barang-barang kalian dan sudah aku laksanakan tanggung jawabku, maka aku pun masuk Islam."

Abu al-'Ash bertolak ke Madinah sebagai seorang muslim. Beliau berhijrah menuju Allah dan Rasul-Nya, dan di sanalah beliau bertemu orang yang dia cintai, yakni Muhammad saw dan para sahabatnya. Akhirnya, Rasulullah saw mengembalikan Zainab ra kepada Abu al-'Ash sehingga berkumpullah keduanya. Mereka bangun rumah tangga sebagaimana sebelumnya dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Akan tetapi, berkumpulnya mereka sekarang dalam akidah yang satu yang tidak dikotori apa pun.

Setelah berlalu setahun, kemudian Zainab wafat pada tahun 8 Hijriyah akibat sakit yang masih membekas karena keguguran ketika beliau berhijrah. Abu al-'Ash menangisi beliau ra hingga menyebabkan orang-orang yang berada di sekitar beliau turut menangis. Kemudian datanglah Rasulullah saw dalam keadaan sedih dan mengucapkan selamat tinggal, lalu bersabda kepada para wanita:

"Mandikanlah dengan bilangan yang ganjil, tiga atau lima, dan yang terakhir dengan kapur barus atau sejenisnya. Apabila kalian selesai memandikan, beritahukanlah kepadaku." Tatkala mereka telah selesai memandikannya, beliau memberikan kain penutup dan bersabda, "Pakaikanlah ini kepadanya." 

Semoga Allah merahmati Zainab al-Kubra binti Rasulullah saw dan membalas seluruh amalannya dengan balasan yang baik.

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com 

Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta

Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah

Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah
Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta